Saturday, July 30, 2011

.::disini kutemui::.

3 bulan telah berlalu,tanpa disedari masa telah menamatkan perjuanganku disini... sedih, sayu dan gembira semuanya ada untuk melangkahkan kakiku untuk mengundur diri..pelbagai ragam manusia telah kutemui di sini, aku juga belajar erti hidup daripada mereka.. di mana tiada manusia dilahirkan sempurna di dunia ini, hidup merupakan satu anugerah yang bernilai terpulang kepada individu tersebut untuk menggunakan kesempatan yang ada, peluang yang ada dan sebagainya. di dalam masa yang sama ak juga mengingatkan diri ku sendiri supaya bersyukur dengan apa yang dimiliki setiap daripada kita mengalami pengalaman hidup yang berbeza dan yakin dengan setiap apa yang jadi ada hikmah yang tersembunyi.

Mengenali kalian juga adalah merupakan satu anugerah yang terindah, aku tidak menilai mereka dengan apa yang telah mereka lakukan namun ak hanya beranggapan mereka memerlukan pertolongan.... dan ak hanya boleh membantu sekadar yg termampu...


people CAN change..JANGAN sesekali menghina sesiapa kerana satu hari dia mungkin lebih baik dari kamu. Allah melihat perngakhiran kita bukan permulaan...