Wednesday, December 21, 2011

My GrAdUaTioN dAy 29.11.11

alhamdulillah.. selesai sudah, hari yang dinanti telah pon berlalu..aku gembira dengan apa yang kukecapi kerana aku tahu itu kemampuan ku.. aku merasakan ianya bagai mimpi, kerana pernah satu ketika dulu aku merasa kecewa dan merasakan aku tidak boleh berjaya seperti mereka yang lain.. namun semua itu hanya fikiran yang negatif yang aku lontarkan.. dengan kekuatan yang ada aku bangkit kembali tidak disangka aku telah dapat mengatur perjalan hidupku dengan baik bermula dengan mengambil Diploma di KUIM dari 2005-2008, Diploma Kaunseling, seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UMS dari 2008-2011, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling.

jutaan terima kasih yang tidah terhingga buat ayah,mama dan kuluarga yang aku sayangi. tanpa kalian aku tidak boleh miliki dan kecapi apa yang aku ada sekarang. kalian telah banyak berkorban untuk diriku. kini tiba masanya untuk aku membalas jasa kalian.. (tapi tunggu ayong dapat keje tetap dulu la ye) hehe... doa2 kan..

buat adik2 ku.. jadilah lebih baik daripada ayong.. ayong yakin korang lagi mampu..percaya lah satu hari nanti korang akan merasa nikmatnya bila sesuatu yang kita buat dapat membanggakan ayah dan mama...

                                                               sweet memory in my life

                                                                     proud to be myself


                                                                     big tQ for them..


                                                                congratulation fren