Friday, May 11, 2012

.::I, OffiCiALLy 25:::.

YA ALLAH, THANK YOU SO MUCH EVERY ONE. I FEEL SO MUCH BLESSED ALHAMDULILLAH. I should be grateful with my life for having nice people around. thank you foe all the wishes and the du'a. May Allah make your life happier just like how you guys made me so happy on my birthday.



Doakan saya cepat kawin..hehe 
byk2 wish sy paling suke wish ayah.. semoga ayong bertemu jodoh :)

Monday, April 9, 2012

sAhAbAt PLaToNic sAyA

sahabat platonik..korang penah dengar tak? saya mcm 1st time tapi saya baru pasan yang saya ada sorang sahabat platonik rupanya

jujur saya baru dengar tentang word ni?
ketinggalan zaman kan?

Perkataan "platonic" tu sendiri dengan seorang ahli falsafah terkenal greek iaitu plato
Dalam symposium (teks falsafah plato) plato mempersoalkan tentang kewujudan hubungan cinta antara dua manusia tanpa  sexual desire. Malah plato menganggap sexual desire ini mengganggu sesuatu hubungan cinta untuk berada pada tahap yang lebih tinggi. Salah satu topik dalam sympossium turut menerangkan kemungkinan bgaimana sesebuah cinta itu bermula dan bagaimana ia berkembang.

Perkataan ni JARANG digunakan bagi persahabatan yang mlibatkan jantina yang sama sebab maksud istilah itu sendiri yang dikhususkan kepada "sexual feelings".  Takkanla kawan antara laki ngan laki or perempuan ngan perempuan akan mnimbulkan "sexual feelings"  kan? ^_^ . Bahaya tuh deng!! Lainla gay , lesbian or biseksual, tu tak usah nak ceritalah kan? hehehe. Tapi tak dapat juga nak dinafikan, kadangkala berlaku jugak sahabat  yang sama gender (Paling kerap lah kan?). Mungkin sebab ikatan persahabatan yang terlalu akrab ^_^. But still hubungan tuh bukan dikatakan sahabat Platonik, itu sahabat sampai mati namanya.. ^_^

Sahabat platonik selalunya memahahami hati kita dan mereka ialah orang yg kita akan habiskan masa kita selalu dengannya, kebiasaannya minat, hobi ,kemahiran mahupun artis kegemaran antara satu sahabat platonik akan same dengan satu sahabat platonik yang lain situasi ini akan mendorong kepada keakraban yang kukuh antara mereka.
hehehe.. means kat sini, SAHABAT PLATONIK ini melibatkan dua jantina n for sure mestilah laki n pompuan kan.. hehehe
yang menariknya hubungan ini adalah satu hubungan yang tidak melibatkan keinginan antara satu sama lain untuk menjadi pasangan kekasih.

Secara ringkasnya, sahabat platonik menurut KAMUS MINDA DAN BICARA HATI sheeda salleh 2012 , hubungan Platonik membawa maksud semata-mata bersifat spiritual (pemberi semangat), bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bukan hubungan persahabatan atau kasih sayang).

Ada orang kata sahabat macam ni tak ok..
Ada yang selesa ada sahabat macam ni..
Semua itu terpulang
 
Sebab kita tak bole paksa suruh orang setuju dengan satu perkara sahaja
Semua itu terpulang dengan niat jugaklah
Saya rasa saya ada seorang sahabat platonic
Saya rasalah

Terus terang saya selesa berkawan dengan dia..
Saya tak bercinta dengan dia..
Saya selesa untuk bagi tahu dan story apa-apa sahaja kat dia…
Dengan satu perkara saya bagitau dia ^-^, then saya tenang

Jadi bagi saya sahabat platonic bolehlah dirumuskan sebagai hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa rujud sebarang perasaan, senang cita, kawan baik tanpa ada perasaan cintalah.
Saya rasa sahabat platonic ini hanya boleh berlaku bila satu pihak tu dah ada kekasih hati…
Sebab kalau 2 2 single, kemungkinan sahabat platonic ni jadi kekasih hati pulak sebab selalu berhubung…
Selalu kongsi cerita yang sama, sebab senang bersamalahkan…
Faham antara satu sama lain…
“lucky I’m love with ny bestfen”… sesuai sangat lagu ni… hehehe
Namun sapa2 pon sahabat platonic kita, doakan mereka bahagia yer…
 
Hurm… sebenarnya sebelum ini saya pernah persoalkan perkara ini.. wujudkah sahabat antara lelaki dan perempuan yang berhubung meskipun bukan kekasih?
 
Hurm…
Dan, last week saya dah dapat jawapan setelah menonton nona at tv3
hehehe

best jugaklah platonic friendship ni..
(" , )
sekian,
saya rindu sahabat platonic saya… hahaha

♥ ♥Romantic relationships come and go, but a good platonic friendship can last forever♥ ♥


Thursday, March 29, 2012

MeNGoMEL

malu! malu! malu!,pasal apa aku malu? nak dijadikan cerita aku g giant smlm beli barang cikit.. pas magrib tu nak g mkn kat kedai.. semangat la aku g kat kereta... dh lapa sangat la ni.. sekali aku smp je kat kete... 3 troli giant tu tersusun rapi..dua kat dpn kete satu lagi sebelah kiri.. hai manusia susah k nak letak troli tu balik kat tempat yg sepatunya... aku pon ape lg

" hai sape la punye keje ni, x senonoh betul, memang nk kene ni org ni" bkn nak lelak balik troli ni betul-betul... ish...

ttbe aku tdgr suare dr kereta sebelah aku yg baru je riverse kan kereta die sambil tersengeh "

 kak mintak maaf kak.. sorry2... 

ha? aku pon terdiam n tertunduk.. ade org dnga k ape yg ngomelkan td... hahaha... ckp siang pandang2, ckp mlm dengar2...upenye budak dalam kete tu x tutup tingkap pon.. adik aku nmpk sbnye org tu pndang, tp ape die boleh buat.. aku jln smgt sgt kedepan tinggal kn die kat belakang....

 pape pon bgus gak budak tu dnga len kali klu die nk buat lg mesti teringat p aku bising2 td... :) 

terbukti aku suke membebel x kire tempat.........hahahha.....pot,pet, pot,pet

Tuesday, March 6, 2012

♥ KETIKA HARUS MELEPASKAN CINTA ♥




Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil..Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hambaNYa..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami..Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan….Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

INGATLAH..Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

~Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya…~

aDaKaLanYa JoDoH mEndAHLuI CiNTa sEjAti

~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lain pun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan 
BERTUKAR..(✿◠‿◠) ♥ ♥ ♥




~✿..Saat MENGETAHUI dia BUKAN JODOH kita..kalau ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati, JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..✿~

>>> Jangan minta aku BERJANJI, jangan tuntut aku untuk berjanji..BERDIRI dengan kaki sendiri saja aku masih TERTATIH-TATIH, bagaimana aku MAMPU berjanji untuk membuatmu menjadi lebih BAIK dan lebih BAHAGIA? Aku belum mampu...

Saturday, February 11, 2012

.:Innalillahiwainnailaihirojiun..:.

alfatihah buat adam iskandar.. sahabat yg baru sy knl baru sahaja beberapa hari, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh.. ini semua telah tertulis diluhmahfuz...  terkejut juga dengan berita ini.. baru semalam menerima msg yang beliau admit wad akibat daripada dilibas dengan parang ketika berurusan di bank... dan sempat memberitahu beliau berada di dalam keadaan yang baik.. tapi tuhan lebih menyayanginya..

Thursday, February 2, 2012

The Answer Is

Assalamualaikum....

semoga hari ini lebih baik daripada semalam sahabat... sekadar berkongsi setiap detik dan masa termasuk pagi ni aku masih lagi berfikir mengenai sesuatu.. aku pasti ada antara kalian juga penah merasainya..bagai mimpi tapi ini adalah realiti... hanya padanya aku mengadu untuk mencari jawapan yang pasti..aku sering mencari jawapan daripada pertanyaan tersebut. pada pagi yang indah ini hati tergerak nak bukak buku yang dibeli tapi belum habis dibaca.. kebetulan bahagian yang aku berhenti sebelumnya m/s131, hari ini aku terus menyambung pembacaan pada helaian seterusnya di barisan-barisan akhir tertulis sesuatu yang menyentuh hati mungkin ini jawapan yang aku cari.

terakhir, jawablah seluruh tawaran perkahwinan yang datang pada kita, seideal atau sesederhana apa pun tawaran itu dengan jawapan ini

         
"saya tidak begitu saja menolak atau menerima, namun beri saya waktu untuk solah istikharah. biarlah petunjuk Allah yang akan menjawab ajakan ini"

lalu tunaikan istikharah sesuai sunnah Rasulullah. Jangan putus-putus menunaikan itu hingga hati anda dilapangkan untuk memilih satu dari dua jawapan, menerima atau menolak.

the answer is........