Sunday, April 3, 2011

dR cINtA sAiD


this is just 4 sharing others.. sy tertarik susudah membacenye.. terfikir pernah sy lalui saat ini.. terlalu rapuh hati ini tok bertindak sedemikian.. namun tu dulu.. skrg sy x mcm tu lg.. hehe..hopefully kita dapat manfaatkan dari ini..menarik tau:

Aku punya satu cinta
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Awak, jangan terlalu rapat dengan saya sebab nnti saya akan jatuh hati dgn awak, awak tahu, hati perempuan ini mudah tersentuh

Awak jangan terlalu baik dengan saya sebab nanti saya akan mula suka pada awak.

Awak janganlah text saya kalau awak x ada apa-apa kepentingan sebab nanti saya jadi rindu pada awak.

Awak jangan wat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan pada saya, tolonglah. Saya x dapat nak elak dari menyenanginya.

Saya tahu walaupun awak layan saya macam tu awak anggap saya kawan je kan?

Awak saya nak bagi tahu awak, perempuan itu hati dia lembut, cepat tersentuh
Bila saya dah start suka dekat awak, baru awak cakap awak anggap saya macam kawan je. Bila saya dah start sayang pada awak, baru awak cakap kita just kawan je.

Sekarang saya faham kenapa Allah dah letakkan garis panduan dalam hubungan sesame muslimin dan muslimat. Sebab Allah tak nak saya dan perempuan-perempuan yang lain terluka kerana wanita hanya punya SATU CINTA.

No comments: