Friday, May 27, 2011

.:::ErTi HiDuP:::.

salam semua, dua minggu sudah berlalu.. dua minggu juga aku telah menjalani latihan praktikal, alhamdulillah aku boleh menyesuaikan diri ditempat ini..

Di sini ak semakin mengenal manusia yg berbagai ragamnya.. berbeza dgn sebelum ini.. ada yg benar-benar melakukan kesilapan ade jugak yg terperangkap dan terpengaruh dgn rakan-rakan. benarlah kate org tersalah langkah buruk padahnya. namun itulah erti hidup yg sebenar, manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana kita hanyalah hambaNya yg lemah.

Semoga aku mampu utk memikul tanggungjawab ini, tujuan ak bkn untuk mengubah mereka sepenuhnya kerana kita sendiri tahu untuk seseorang itu berubah bialah daripada hatinya sendiri cuma yg aku inginkan mereka mendapat kesedaran dgn apa yg telah berlaku di dalam kehidupan mereka. menjadikan ia sebagai pengajaran hidup. adik-adik, semoga kamu sedar dan jgn berputus asa dgn apa yg terjadi, ambil peluang dan ruang ini untuk menjadi yg lebih baik daripada sebelum ini, jgn sia-siakan peluang yg ada. Ya ALLAH, ampunilah dosa mereka, semoga mereka diberi kesempatan untuk mengubah diri mereka.. aku sering memberitahu mereka, apa yg jd tanda allah masih sygkan mereka sbb tidak membiarkan mereka berada diluar dan memberikan peluang untuk mereka berubah.. cuma apa yg perlu adalah kesabaran, hati yg tabah dan hati yg ikhlas utk berubah..

No comments: